Barang Shopee Tak Sampai Sampai?
Artikel dikemaskini pada 24 Julai 2023
Barang sepatutnya dah delivered tetapi masih belum diterima sampai sekarang?
Barang Shopee anda masih stuck di mp3 sorting center?
Sejak sejak guna Shopee Express Malaysia, susah betul nak dapat barang dengan segera?
Penat tunggu parcel yang tak kunjung tiba? Dah la urgent pula tu barang tu. Sebelum ni cepat ja sampai.
Salah penjual (seller) atau kurier?
Anda perlu lihat di bahagian tracking details pada aplikasi Shopee anda untuk mengetahui status barang Shopee anda. Jika parcel anda telah diterima oleh pihak kurier, ini bermaksud pihak kurier yang bertanggungjawab atas kelewatan penghantaran parcel anda.
Manakala, jika status order masih dalam sender is preparing to ship your order, ini bermaksud bungkusan anda masih diproses dan pihak seller masih belum menyerahkan parcel anda kepada pihak kurier. Secara umumnya, pihak seller diberi tempoh masa selama dua hari bekerja oleh pihak Shopee untuk memproses parcel anda sebelum menyerahkan parcel kepada pihak kurier.
Namun begitu, ada sesetengah kurier tidak akan mengimbas (scan) parcel yang diterima daripada pihak seller dengan serta merta. Hal inilah yang menyebabkan tiada status update bahawa parcel telah pun diterima oleh pihak kurier. Ini menyebabkan tiada kemaskini bahawa parcel telah diterima oleh pihak kurier. Oleh itu adalah tidak adil untuk menyalahkan pihak seller dalam hal ini.
Cara untuk dapatkan barang Shopee anda dengan segera
Untuk makluman, cara ini hanya dapat dilakukan sekiranya barang shopee anda telah melepasi tarikh penerimaan yang sepatutnya.
Bagaimana nak tahu sama jika sudah melepasi tarikh penerimaan parcel atau pun tidak?
Cara mudahnya adalah anda lihat pada status order tersebut pada aplikasi Shopee Malaysia anda. Jika anda boleh klik pada button return/refund ini bermaksud tarikh penerimaan parcel anda telah melepasi atau melebihi dari tarikh sepatutnya.
Oleh itu, anda hanya perlu klik pada return/refund dan pilih pada reason i did not receive order. Pihak Shopee Agen akan membantu anda untuk menyiasat lokasi parcel dengan menghubungi pihak penghantaran secara terus.
Jika tiada sebarang permasalahan, pihak kurier akan menyegerakan penghantaran parcel anda. Sekiranya pihak kurier menghilangkan parcel tersebut atau tersilap membuat penghantaran, pihak Shopee akan segera melakukan refund kepada anda.
Harap ini dapat memberikan penjelasan dan memberikan keyakinan untuk terus membeli belah di Shopee.