Konsep Antifragility oleh Nassim Taleb
Idea penting dari konsep Antifragility.
Tidak bergantung kepada satu plan sahaja
Apabila melakukan sesuatu pastikan kita tidak bergantung kepada satu sahaja plan. Ini kerana apabila plan itu gagal, kita akan termasuk dalam golongan fragile. Manakala jika kita mempunyai banyak plan sebagai backup. Kita tiada masalah untuk bangkit jika bertembung dengan permasalahan.
Contohnya dalam bisnes, kita tidak boleh bergantung kepada satu produk sahaja. Hal ini kerana, jika sesuatu berlaku dalam pasaran seperti kekurangan bahan mentah atau pun masalah dari pihak pengilang, bisnes tersebut akan menghadapi masalah. Namun ini dapat diatasi jika kita tidak mempunyai lebih banyak produk.
Sentiasa bersedia untuk Black Swan
Black Swan adalah sesuatu kejadian yang tidak dapat dikesan atau disangka akan berlaku. Namun, Black Swan adalah suatu perkara yang pasti akan berlaku walaupun ianya tidak dapat dianggarkan oleh mana mana pakar professional sekalipun. Untuk menjadi seorang yang Antifragile kita perlu sentiasa berwaspada dan mempunyai perancangan untuk menghadapinya.
Contoh mudah Black Swan events adalah Covid-19 dimana kita dapati banyak bisnes yang gagal semasa tempoh tersebut. Kejadian epidemik tersebut tidak dapat dijangka oleh mana mana pihak sekalipun WHO. Walaubagaimanapun,, kita perlu bersedia dan mempunyai perancangan dalam perniagaan untuk memastikan kita tidak terjejas dalam tempoh tersebut.
Kurangkan atau buang perkara yang membuatkan anda fragile
Bagaimana untuk menjadi antifragile? Cara mudahnya adalah dengan tidak melakukan perkara perkara yang membuatkan kita cenderung untuk menjadi fragile
Contohnya berhutang menyebabkan kita mudah fragile. Ini kerana kita berhutang kerana sejujurnya kita tidak mampu untuk membayar komitmen tersebut . Jika sebarang insiden yang tidak diingini berlaku, ia akan menyebabkan kita culas untuk membayar hutang tersebut pada tempoh yang ditetapkan sekaligus menjadikan kita seorang yang fragile, kerana kita tidak mampu lagi membuat pembayaran secara konsisten.