Pengenalan Wahed Invest Malaysia
Ringkasnya,
Wahed Invest, platform patuh syariah yang memudahkan pengguna untuk melabur di dalam dan luar negara melalui aplikasi di telefon pintar anda. Ianya diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Semakin berisiko portfolio yang dipilih semakin tinggi pulangan yang diperoleh. Ini bermaksud anda mungkin akan kerugian wang pelaburan anda sekiranya pasaran saham merosot. Inilah yang membezakan Wahed Invest dengan platform pelaburan seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji yang menjamin wang deposit anda. Wahed Invest sesuai untuk dijadikan tempat pelaburan tempoh jangka masa panjang.
Apa itu Wahed Invest?
Melalui tagline Halal investing made simple, Wahed Invest berhasrat untuk memudahkan pengguna yang beragama Islam melabur dalam pelaburan yang patuh syariah. Jika sebelum ini, pengguna Muslim agak takut takut untuk melabur kerana kurang pengetahuan berkenan status halal saham, kini pengguna boleh melabur tanpa was- was lagi.
Dengan kepelbagaian portfolio yang sedia ada, pengguna boleh memilih portfolio yang bersesuaian dengan tahap risiko pelaburan masing-masing.
Kelebihan Wahed Invest
Dengan kewujudan Wahed Invest, pengguna yang dahulunya sukar untuk mendapat akses pelaburan saham Amerika Syarikat, kini boleh melakukannya hanya di hujung jari. Bayangkan kini anda boleh melabur dalam syarikat syarikat besar dunia yang berpengkalan di U.S seperti Apple, Microsoft, Alphabet, Tesla, Pfizer dan banyak lagi.
Selain itu pengguna juga berpeluang untuk melabur dalam diversified portfolio. Ini sekaligus bakal mengurangkan risiko yang dihadapi oleh pengguna. Sebagai contoh, bagi pengguna yang memilih portfolio regular, moderately aggresive, wang yang dimasukkan akan dilaburkan mengikut peratus pecahan seperti 59% Global Stocks, 30% Sukuk, 5% Emerging Market Stocks, 5% Gold dan 1% Cash.
Tambahan pula, cas yang dikenakan oleh Wahed Invest juga adalah rendah jika dibandingkan dengan pembelian saham secara persendirian. Wahed Invest juga menawarkan potongan wang secara bulanan secara terus dari akaun bank anda, sekaligus memudahkan anda menyimpan wang tanpa sedar.
Kekurangan Wahed Invest
Wang yang ditambah ke dalam Wahed Invest selalunya mengambil masa yang agak lama untuk dilaburkan. Wang dimasukkan mengunakan FPX deposit, mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja manakala jika menggunakan direct debit, akan mengambil 6 hingga 8 hari bekerja.
Wahed Invest juga tidak sesuai digunakan sebagai tabung kecemasan anda. Ini kerana jika anda ingin melakukan pengeluaran, anda perlu menunggu sehingga 8 hari bekerja sebelum sampai ke akaun bank anda.
Bagaimana untuk melabur dalam Wahed Invest?
Pengguna hanya perlu memasang (install) aplikasi Wahed Invest di telefon. Setelah itu pengguna perlu mendaftar dan melakukan penilaian risiko untuk memilih portfolio yang bertepatan dengan tahap risiko pengguna. Pengguna perlu memasukkan sekurang kurangnya RM100 ke dalam akaun Wahed Invest untuk mula melabur. Wang tersebut akan diproses dan dilaburkan dalam tempoh yang terdekat.
Jenis-jenis portfolio dalam Wahed Invest
Untuk permulaan, portfolio terbahagi kepada dua iaitu Regular dan Thematic. Pengguna perlu menjawab beberapa soalan, supaya portfolio yang bersesuaian dapat dicadangkan. Bagaimanapun, terpulang kepada pengguna untuk mengikut cadangan yang diberikan atau pun tidak.
Portfolio Regular terdiri daripada beberapa pilihan seperti, Very Conservative, Moderately Conservative, Moderate, Moderately Aggressive, Agressive, dan yang terakhir adalah Very Aggressive.
Manakala melalui portfolio Thematic, pengguna boleh memilih untuk melabur dalam pasaran, Gold, US Stocks, China Stocks, Emerging Market Stocks, Local Reit dan juga Money Market Fund.
Wahed Invest vs ASB
Perbezaan yang ketara antara Wahed Invest dengan Amanah Saham Bumiputera adalah pada tahap risiko dan keuntungan yang diperoleh.
Wahed Invest skim sontot? penipu?
Usah bimbang, Wahed Invest telah disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, badan berkanun yang mengawal dan menyelia pembangunan pasaran modal di Malaysia. Namun diingatkan, pelaburan Wahed Invest setakat ini hanya melalui aplikasi sahaja oleh itu berhati hati dengan sebarang pelaburan yang mempergunakan nama Wahed Invest demi kepentingan masing masing.
Kesimpulan
Suka diingatkan Wahed Invest, merupakan satu platform pelaburan jangka panjang, long term investment. Dengan hanya beberapa klik, pengguna kini dengan mudahnya dapat melabur dalam pasaran saham U.S dengan mudah dan pantas. Wahed Invest juga tidak sesuai untuk dijadikan tabung kecemasan kerana mengambil tempoh yang agak lama untuk dikeluarkan.
Penulis telah menggunakan Wahed Invest hampir 3 tahun, dan akan menulis review dalam masa yang terdekat. Sebagai selingan, penulis mengesyorkan Rize jika anda masih tercari cari tempat untuk dijadikan tabung kecemasan.
Jangan lupa untuk tekan butang subscribe untuk membaca artikel seterusnya dari emel. Terima kasih.