Rize Bank Review: Jumlah Untung sehingga Mac 2024
Apa itu Rize?
Rize adalah sebuah aplikasi perbankan patuh syariah dari Al-Rajhi bank yang membolehkan anda mempunyai akaun simpanan dan memperoleh keuntungan dengan hanya menyimpan wang.
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Rize, anda boleh ikuti artikel pengenalan Rize ini.
Sebelum ini, saya turut mengemukakan pandangan peribadi setelah menggunakan aplikasi Rize sebagai akaun bank utama selama hampir 6 bulan.
Untung Rize: Julai hingga Disember 2023
Semasa saya mula mendaftar akaun di Rize, Rize menawarkan promosi 5% p.a profit rate sehingga 31 Disember 2023. Jumlah keuntungan yang diperoleh adalah sebanyak RM60.07
Untung Rize: Januari hingga Mac 2024
Bermula Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024 pula, pengguna Rize dapat menikmati kadar keuntungan sebanyak 4% p.a. Berikut merupakan keuntungan yang diperoleh dalam tempoh tersebut.
Januari 2024 - RM12.79
Februari 2024 - MR23.05
Mac 2024 - RM52.44
Keuntungan yang diperoleh sepanjang tempoh tersebut adalah RM88.28
Jumlah Keuntungan yang diperoleh di Rize, sehingga 31 Mac 2024
Jumlah untung yang diperoleh di Rize sejak Julai 2023 hinggalah 31 Mac 2024 ini adalah RM148.35
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, saya telah menyimpan wang kecemasan di aplikasi Rize. Ini adalah kerana aplikasi Rize memenuhi ciri sebuah simpanan yang sangat mesra untuk pengeluaran segera dan pada masa yang sama memberikan kadar keuntungan yang baik.
Rize: Promosi 3.8% p.a Profit Rate Sehingga Jun 2024
Promosi profit rate sebanyak 3.8% p.a akan diteruskan dari 1 April 2024 sehingga 31 Jun 2024. Ini adalah sedikit penurunan berbanding 4.00% p.a yang ditawarkan sebelum ini. Namun ianya masih kompetitif berbanding aplikasi alternatif.
Alternatif lain selain Rize?
Terdapat beberapa aplikasi yang turut menawarkan profit rate yang agak baik. Selain itu simpanan di aplikasi ini juga adalah patuh syariah.
Berikut merupakan profit rate yang diberikan bagi setiap aplikasi tersebut:
Go+ Touch N Go - profit rate sehingga 3.45% p.a
Versa Cash-i - profit rate sehingga 4.0% p.a
Stashaway Simple - profit rate sehingga 3.6% p.a
Walaupun Versa Cash-i menjanjikan kadar keuntungan sebanyak 4.0% p.a, namun bagi penulis ianya kurang menarik jika dibandingkan dengan Rize. Sebagai contoh, Rize hanya perlukan minima RM10.00 untuk membolehkan pengguna menikmati 3.8% p.a profit rate, manakala untuk Versa Cash-i, minima RM1000.00 diperlukan untuk menikmati kadar keuntungan yang dijanjikan.
Bank Digital: Era baru perbankan di Malaysia?
Kerajaan Malaysia telah meluluskan beberapa bank digital antaranya adalah Boost Bank, AEON Bank dan juga GXBank. Setakat ini hanya GXBank yang telah beroperasi sepenuhnya dan menawarkan 3.00% p.a profit rate. Namun GXBank hanya menawarkan akaun simpanan konvensional, oleh itu ianya tidak patuh syariah.
Penulis sebenarnya menantikan pelancaran aplikasi AEON Bank, kerana ianya diuar-uarkan sebagai bank digital pertama yang patuh syariah di Malaysia. Buat masa sekarang masih tiada maklumat berkenaan jumlah profit rate yang bakal diberikan oleh AEON Bank.
Dengan kehadiran bank digital ini, penulis mengharapkan akan ada lagi bank yang dapat menawarkan profit rate yang lebih menarik, sekaligus menguntungkan kita sebagai pengguna.
Jika berminat untuk terus membaca artikel sebegini. Jangan lupa untuk subscribe. Sehingga bertemu lagi.