Rize MY Al-Rajhi Bank: Review Selepas 6 Bulan Penggunaan

Dalam artikel sebelum ini, saya ada berkongsi berkenaan aplikasi Rize MY.

Rize, untung sehingga 5 peratus dengan hanya menyimpan?
Aplikasi Rize oleh Al-Rajhi bank, perbankan digital pertama menawarkan faedah pulangan yang menarik dengan hanya menyimpan di aplikasi tersebut.

Pengenalan kepada aplikasi Rize MY oleh Al Rajhi Bank

Rize MY Al-Rajhi Bank: Review Selepas Sebulan Penggunaan
Seperti dijanjikan, Rize Malaysia memberikan pulangan sebanyak 5% bagi simpanan secara bulanan. Faedah pulangan adalah mengikut kiraan harian,

Rize Bank Review setelah satu bulan penggunaan


Artikel kali pula ini akan mengupas berkenaan pengalaman mengunakan aplikasi Rize MY oleh Al-Rajhi Bank sejak Julai 2023

Keuntungan yang diperoleh melalui Rize

Dengan kadar pulangan sebanyak 5% seperti yang dijanjikan, berikut merupakan keuntungan yang diperoleh secara bulanan bagi tahun 2023

Julai 2023 - RM2.18
Ogos 2023 - RM11.90
September 2023 - RM11.56
Oktober 2023 - RM0.00
November 2023 - RM 22.07
Disember 2023 - RM12.36

Jumlah keuntungan melalui Rize MY sepanjang hampir enam bulan penggunaan adalah sebanyak RM 60.07.

Untuk bulan Oktober, jumlah keuntungan yang diperoleh digabungkan pada penyata bulan November 2023. Ada kisah disebalik angka sifar tersebut, dan akan dikongsikan di bawah.

Untuk pengetahuan pembaca, saya menggunakan aplikasi Rize sebagai aplikasi utama perbankan. Maksudnya, saya mengggunakan Rize sepenuhnya secara harian bagi sebarang transaksi tunai, pembayaran secara dalam talian, dan juga sedikit simpanan di Savings Pot.

Jika anda ingin menyemak keuntungan yang diterima, anda boleh memuat turun penyata akaun bulanan melalui aplikasi Rize MY.

Apa yang perlu anda tahu sebagai pengguna Rize MY

Sebagai pengguna Rize, ini adalah beberapa perkara yang disarankan untuk anda ambil tahu:

Baki minima sebanyak RM10.00 perlu dikekalkan dalam akaun Rize

Jika anda hanya ada RM100.00 dalam akaun bank Rize anda, ingat hanya RM90.00 boleh dipindahkan dan digunakan untuk sebarang tujuan transaksi. Ini kerana sebanyak RM10.00 perlu dikekalkan dalam akaun Rize anda.

Cas 50 sen akan dikenakan bagi transaksi RM5000 dan ke atas

Sebagai pengguna Rize anda perlu tahu bahawa, sebarang transaksi sebanyak lima ribu ringgit dan ke atas, akan dikenakan cas sebanyak lima puluh sen. Sebaliknya, jika ingin membuat transaksi dengan jumlah berkenaan tanpa mahu dikenakan cas, anda boleh membuat dua transaksi atau lebih dengan memecahkan jumlah terbabit. Contohnya jika anda ingin membuat transaksi sebanyak RM6000.00, anda boleh membuat dua transaksi RM3000.00. Dengan ini tiada cas akan dikenakan.

Masalah yang dihadapi sepanjang menggunakan aplikasi Rize

Sepanjang hampir enam bulan menggunakan aplikasi Rize MY, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi.

Kegagalan dalam melakukan 'online transfer' di aplikasi Rize

Ada satu transaksi yang tidak berjaya dilakukan apabila saya cuba untuk online transfer dari akaun Rize ke akaun bank yang lain. Rekod di aplikasi Rize menunjukkan bahawa terdapat penolakan wang dari Akaun Rize, namun tiada rekod terima pada akaun penerima.

Dengan kata lain, wang telah ditolak dari akaun Rize tetapi tidak diterima dalam akaun penerima. Bagaimanapun, penulis mendapat semula wang berkenaan dalam tempoh 5 hari bekerja, setelah menghubungi khidmat pelanggan Rize MY

Untung Rize bagi bulan Oktober 2023 tidak dikreditkan

Kebiasaanya Rize akan memberikan keuntungan bulanan tepat jam 12 tengah malam setelah berakhirnya bulan tersebut. Tetapi untuk Oktober 2023, keuntungan tersebut tidak dikreditkan seperti biasa. Setelah semakan pada penyata akaun bagi Oktober 2023, memang ternyata tiada keuntungan yang diagihkan kepada akaun penulis.

Sekali lagi, aduan dilaporkan kepada customer service Rize dan masalah ini diselesaikan dalam tempoh lima hari bekerja. Akhirnya, keuntungan pada bulan tersebut kemudiannya direkodkan dalam penyata akaun bulan November.

Aplikasi Rize tak boleh buka pula!

Hampir sebilangan pengguna tidak dapat mengakses akaun Rize masing masing pada tarikh 12 Disember 2023. Isu bertambah panas apabila transaksi sebahagian pengguna Rize pada hari kejadian mengalami kegagalan sebagaimana yang penulis hadapi sebelum ini.

Bagaimanapun, pihak Rize MY mengemaskini laman Facebook rasmi mereka, dan memaklumkan masalah yang terjadi serta cuba untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Menurut penulis, insiden ini kritikal dan memberikan impak negatif yang cukup besar kepada pihak Rize MY. Ini kerana berlakunya 'trust issue' dalam kalangan pengguna, dan menyebabkan segelintir pengguna untuk tidak lagi menggunakan aplikasi ini.

Pandangan penulis berkenaan aplikasi Rize

Walaupun terdapat beberapa isu dan masalah yang dihadapi oleh penulis, perkara tersebut dapat diselesaikan oleh pihak khidmat pelanggan Rize. Sejujurnya sebagai seorang pengguna, sudah pasti kita mahukan sebuah aplikasi yang sempurna, tambahan pula ianya melibatkan keselamatan wang pengguna.

Sekadar makluman untuk semua, Rize MY adalah milik Al Rajhi Bank, sebuah syarikat bank gergasi internasional yang berdaftar di bawah PIDM. Ini bermaksud wang pendeposit akan dilindungi dan dibayar segera jika bank tersebut menghadapi masalah sehingga RM250,000.00.

Secara jujurnya, penulis akan terus menggunakan aplikasi Rize MY sekiranya kadar faedah pulangan menarik sebegini diteruskan. Tambahan pula, menurut Rize MY, bermula 1 Januari 2024, Rize menawarkan kadar faedah pulangan sebanyak 4% sehingga 31 Mac 2024.

Itu sahaja untuk artikel kali ini. Sehingga bertemu lagi.

Read more