Rize MY Al-Rajhi Bank: Review Selepas Sebulan Penggunaan
Bagi pembaca yang mengikuti artikel pengenalan Rize sebelum ini, anda sudah pasti menginginkan review selanjutnya. Mari ikuti pengalaman penggunaan yang akan dikongsikan
Profit Rate Rize untuk Julai 2023
Seperti yang dijanjikan, Rize Malaysia memberikan pulangan sebanyak 5% bagi simpanan secara bulanan. Faedah pulangan adalah mengikut kiraan harian, tetapi dikumpulkan dan diberikan kepada pengguna secara bulanan. Melalui aplikasi Rize, rekod transaksi pemberian faedah secara harian tidak didedahkan. Kita akan hanya dapat melihat jumlah faedah yang terkumpul secara bulanan sahaja. Ini berbeza dengan Go+ plus oleh Touch N Go, yang membenarkan pengguna untuk melihat faedah harian tersebut secara jelas melalui rekod transaksi.
Faedah pulangan Rize juga diberikan mengikut jumlah yang disimpan. Ada dua kaedah simpanan di aplikasi Rize, iaitu melalui Savings Account dan Savings Pot. Walaupun kaedah simpanan yang berbeza, ia tetap memberikan faedah pulangan yang sama iaitu lima peratus semasa artikel ini ditulis. Sekiranya anda mendepositkan RM100 ke akaun Rize anda, wang tersebut akan berada pada ruangan Savings Account secara automatik, yang membenarkan anda melakukan transaksi pembelian dan pemindahan wang.
Savings Pot pula adalah ciri tabung yang ada dalam aplikasi tersebut. Sebagai contoh melalui fungsi Savings Pot, anda boleh membuat satu tabung seperti tabung kecemasan dan meletakan jumlah sasaran wang yang ingin disimpan. Untuk menambah wang dalam Savings Pot, anda boleh transfer terus dari Savings Account. Untuk makluman pengguna, wang yang disimpan dalam Savings Pot ini tidak boleh digunakan untuk sebarang transaksi secara terus. Jika anda ingin menggunakan wang tersebut, anda perlulah withdraw terlebih dahulu dari Savings Pot tersebut. Mudah sahaja proses withdraw tersebut, tetapi langkah ini dapat membantu anda dari menggunakan wang tersebut tanpa disedari.
Selan itu, faedah pulangan secara bulanan itu akan diberikan mengikut Savings Account dan juga setiap Savings Pot tersebut.
Contohnya,
Abu mempunyai RM200, dalam Savings Account untuk transaksi pembelian dan pemindahan wang. Selain itu Abu juga telah membuat tiga Savings Pot, yang diberi nama, Tabung Kecemasan, Anak Pertama dan juga Rumah Pertama. Abu telah memasukkan RM200 untuk setiap Savings Pot tersebut.
Untuk memudahkan pengiraan profit rate ini, kita anggarkan Abu telah memasukkan wang tersebut semasa tarikh 1 haribulan Julai, dan tidak menggunakan langsung wang dalam Savings Account dan Savings Pot sehingga akhir bulan.
Akaun Rize Abu berjumlah RM200:
RM200 x 5% x (31/365) : RM0.84
Savings Pot Tabung Kecemasan berjumlah RM200:
RM200 x 5% x (31/365) : RM0.84
Savings Pot Anak Pertama berjumlah RM200:
RM200 x 5% x (31/365) : RM0.84
Savings Pot Rumah Pertama berjumlah RM200:
RM200 x 5% x (31/365) : RM0.84
Jumlah keseluruhan yang diperoleh Abu adalah sebanyak RM3.36 bagi bulan Julai 2023 mengikut kadar faedah pulangan 5% yang diberikan oleh Rize Malaysia.
Pada 1 Ogos 2023, Abu akan memiliki:
Akaun Rize : RM200.84
Savings Pot Tabung Kecemasan : RM200.84
Savings Pot Anak Pertama : RM200.84
Savings Pot Rumah Pertama : RM200.84
Suka diingatkan faedah keuntungan harian dikira secara harian walaupun tidak dipaparkan di aplikasi Rize. Sebarang transaksi pengeluaran atau penyimpanan wang akan mempengaruhi jumlah faedah keuntungan yang diperoleh kerana ianya tidak mengikut jumlah tertinggi baki simpanan anda, akan tetapi merujuk kepada baki simpanan harian anda.
Rize Debit Card: Out for delivery
Isu yang dihadapi oleh penulis ialah status Rize Debit Card masih berada di out for delivery sedangkan penulis telah menerima kad debit tersebut sejak beberapa minggu yang lalu. Status di aplikasi Rize perlu berubah menjadi delivered untuk membolehkan proses pengaktifan kad debit tersebut dilaksanakan.
Untuk menyelesaikan isu ini, penulis terpaksa menghubungi Rize Customer Care Team. Jika anda turut mengalami masalah yang sama, anda boleh menghubungi mereka di talian 1800 81 9149.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, penulis berpuas hati dengan kewujudan Rize, yang memberikan saingan yang baik kepada aplikasi digital banking yang lain. Sejujurnya jika Rize dapat menunjukkan profit daily rate dalam aplikasi mereka seperti yang dilakukan oleh Touch N Go untuk fungsi GO+ mereka, akan menambahkan keseronokan dalam melakukan simpanan di aplikasi mereka.
Penulis menjangkakan akan lebih banyak ciri yang akan dikeluarkan oleh pihak Al-Rajhi Bank Malaysia, untuk lebih kehadapan dengan aplikasi digital banking mereka. Penulis akan memaklumkan sebarang kemaskini dari masa ke semasa, oleh itu boleh tekan butang subscribe untuk mengikuti perkembangan selanjutnya.
Sehingga berjumpa lagi.
Kemaskini:
Jika anda berminat untuk mengetahui review Rize MY oleh Al-Rajhi Bank setelah 6 Bulan penggunaan boleh klik di bawah untuk bacaan lanjut.