Rize, Untung Sehingga 5 peratus dengan hanya menyimpan?

đź’ˇ
Rize adalah aplikasi bank digital patuh syariah yang dikeluarkan oleh Al-Rajhi Bank menawarkan profit rate sehingga 5% p.a tanpa lock in period sehingga 31 Disember 2023 (tertakluk kepada perubahan). Pengguna Rize juga dilindungi oleh PIDM.
Eh boleh untuk untung sebanyak 5% p.a hanya dengan menyimpan di Rize? Mana nak dapat banyak tu kalau menyimpan di kebanyakan bank biasa. Kalau dah 5% p.a hampir menyerupai dividen ASB atau pun hibah Tabung Haji dah ni.
Antaramuka utama, aplikasi Rize oleh Al Rajhi Bank
Antaramuka utama, aplikasi Rize oleh Al Rajhi Bank

Apa itu Rize?

Rize merupakan aplikasi Bank Digital oleh Al-Rajhi Bank Malaysia, yang menawarkan khidmat perbankan yang mudah melalui telefon pintar. Rize adalah satu satunya aplikasi setakat ini yang membenarkan pengguna untuk membuka akaun bank seratus peratus hanya melalui telefon pintar tanpa memerlukan pengesahan identiti secara bersemuka di cawangan bank seperti yang diamalkan oleh kebanyakan bank. Melalui Rize Commodity Murabahah Savings Account-I, pengguna Rize tidak perlu was was kerana ianya adalah patuh syariah.

Bagaimana untuk membuka akaun Rize?

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Rize melalui Apple Store, Google Play atau Huawei AppGallery. Bagi penggunaan kali pertama, pengguna perlulah mendaftar terlebih dahulu dan mengikut arahan yang diberikan. Ini adalah termasuk dengan pengesahan identiti dengan keperluan untuk menangkap gambar kad pengenalan serta selfie wajah.

Boleh untung sebanyak 5% p.a dengan hanya menyimpan wang di Rize?

Mulai 20 Mac 2023, Rize telah faedah keuntungan sebanyak 5% p.a untuk simpanan RM5000 yang pertama. 4% p.a akan diberikan untuk simpanan selebihnya. Dalam tempoh promosi ini juga, pengguna baharu juga akan menerima tambahan RM20 setelah berjaya membuka akaun Rize (bagi 12500 pengguna sahaja), dan juga berpeluang untuk menerima hadiah lumayan. Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang berikut. https://www.rize.com.my/index.php/promotion

Bagaimana kiraan faedah keuntungan Rize?

Pengguna hanya perlu menyimpan wang di aplikasi Rize. Faedah akan dikira secara harian, namun pembayaran faedah keuntungan tersebut akan diberikan dan dimasukkan ke dalam akaun simpanan semula secara bulanan.

Kaedah pengiraan faedah keuntungan Rize

Contoh,
Pengguna Rize A, mempunyai baki akhir harian sebanyak RM3000.00. Oleh itu pengguna A layak untuk menerima pulangan faedah keuntungan sebanyak 5% p.a

Cara pengiraannya ialah;

RM3000.00 x 5% X (1/365) = RM0.41
Jumlah keuntungan harian yang diperoleh adalah sebanyak RM0.41.

Pengguna Rize B pula, mempunyai baki akhir harian sebanyak RM12000.00. Oleh itu pengguna A layak untuk menerima pulangan faedah keuntungan sebanyak 5% p.a bagi RM5000 yang pertama, dan 4% p.a bagi baki RM7000 seterusnya.

Cara pengiraannya ialah;

RM5000.00 x 5% X (1/365) = RM0.68
RM7000.00 x 4% X (1/365) = RM0.76
Jumlah keuntungan harian yang diperoleh adalah sebanyak RM1.44

Jelas bukan?

Rize alternatif kepada MAE

Jika anda pernah menggunakan MAE oleh Maybank sebelum ini, anda mungkin tidak akan mengalami masalah untuk menggunakan Rize. Seperti MAE, Rize boleh digunakan untuk pemindahan wang dan transaksi pembelian, Scan and Pay. Dengan DuitNow, pengguna Rize boleh membuat pembayaran dengan mengimbas kod QR dan juga diberikan kod QR untuk diimbas.

Satu perbezaan ketara antara kedua dua aplikasi ini adalah, Rize memberikan faedah keuntungan simpanan, manakala tiada sebarang faedah keuntungan yang ditawarkan oleh MAE setakat ini.

Ciri ciri lain yang terdapat dalam Rize app

Selain itu juga Rize juga menawarkan kad debit percuma dan akan dihantar kepada pengguna secara penghantaran melalui kurier Pos Laju.

kad debit visa limited edition oleh rize al rajhi bank
kad debit visa limited edition oleh rize al rajhi bank 

Semasa artikel ini ditulis, Rize menawarkan ciri seperti Savings Pot dan Pinjaman Peribadi yang boleh dimohon melalui aplikasi sahaja. Penulis menjangkakan akan ada tambahan ciri ciri baru yang pasti lebih menarik pada masa yang akan datang.

Rize sesuai dijadikan sebagai tabung kecemasan?

Salah satu keunikan yang membezakan Rize dengan aplikasi Stashaway Simple dan juga Versa Cash-I adalah, anda dapat mengeluarkan duit anda dengan segera menggunakan integrasi DuitNow dalam aplikasi Rize.

Bagi Stashaway Simple, tempoh pemprosesan pengeluaran wang boleh memakan masa sehingga 3 hingga 4 hari bekerja manakala untuk Versa Cash-I mengambil masa sehingga 1 hingga 2 hari bekerja. Jika anda terdesak dan berada dalam situasi kecemasan, kebolehcairan wang dengan mudah dan pantas di aplikasi Rize amatlah berharga.

Tiada caj pengeluaran yang dikenakan jika pengeluaran wang yang dilakukan adalah di bawah RM5000.00. Jika pengguna ingin mengeluarkan wang lebih dari RM5000.00 caj sebanyak RM0.50 akan dikenakan oleh pihak DuitNow. Ini adalah sesuatu yang tidak perlu dibimbangkan kerana, tiada sebarang limitasi kekerapan pengeluaran oleh Rize.

Kesimpulan

Pada pendapat penulis, faedah keuntungan yang ditawarkan oleh Rize agak berbaloi jika dibandingkan dengan aplikasi simpanan lain seperti Stashaway Simple, Versa I-Cash, dan juga Go+ dari Touch N Go. Antaramuka yang mudah juga memberikan pengalaman pengunaan yang baik untuk tujuan penggunaan harian.

Namun suka diingatkan, faedah keuntungan Rize sebanyak 5% p.a ini adalah dalam tempoh promosi sehingga 31 Disember 2023, tertakluk kepada terma dan syarat yang dikeluarkan oleh pihak Rize ketika artikel ini ditulis.

Jika ingin mengetahui Review Rize setelah sebulan penggunaan boleh rujuk kepada artikel penulis yang bertajuk Rize MY Al-Rajhi Bank: Review Selepas Sebulan Penggunaan

Jika ingin mendapatkan sebarang kemaskini berkenaan aplikasi Rize, jangan segan silu untuk menekan butang Subscribe. Sehingga bertemu lagi.

Read more