Pernah dengar Gerakan F.I.R.E?

Anda pernah dengar perkataan atau akronim F.I.R.E dalam dunia kewangan? Jika belum pernah mendengar istilah ini, usah khuatir kerana saya akan merungkaikan istilah ini untuk anda. F.I.R.E adalah singkatan atau akronim untuk Financial Independence Retire Early. Dalam bahasa Melayunya, ia bermaksud Bebas Kewangan Pencel Awal. Pada mulanya F.I.R.E merupakan suatu idea kecil yang berkembang pesat menjadi suatu komuniti yang besar pada zaman ini.

Idea mudahnya adalah pekerjaan bukan lagi sumber utama untuk meneruskan kelangsungan hidup seseorang. Oleh sebab itu, golongan yang mengamalkan F.I.R.E ini tidak lagi perlu bekerja kerana mereka sudah terikat lagi dengan konsep makan gaji yang diperkenalkan sejak Industrial Age.

Cuba anda bayangkan situasi dimana anda tidak perlu lagi risau berkenaan kos sara hidup anda sekeluarga setiap bulan dan malahan mampu untuk melakukan apa yang dikehendaki sehari hari? Betapa indahnya hidup, jika tidak perlu lagi mengharungi hiruk pikuk bandar dengan kesesakan lalu lintas semasa bergerak ke tempat kerja setiap hari. Nah, anda juga tidak perlu lagi terkejar kejar menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh orang atasan sehingga tiada masa untuk makan tengahari.

Situasi yang diberikan menggambarkan situasi golongan yang telah berjaya mencapai F.I.R.E dalam kehidupan mereka. Dan ini adalah bukan perkara mustahil. Matlamat mereka adalah jelas iaitu ingin bebas dari bebanan kewangan dan pencel seawal mungkin dari pekerjaan sekarang. Tapi bagaimana?

Sasaran mereka yang mengejar F.I.R.E ini adalah dengan cuba mengumpulkan sejumlah wang yang mencukupi untuk menampung kehidupan mereka sehingga ke akhir hayat.

Tiada masa yang jelas untuk mereka melengkapkan matlamat dan impian mereka untuk bebas kewangan dan pencel awal ini. Namun, kebanyakan mereka ini menyasarkan untuk bersara dalam tempoh kurang dari 10 tahun dari sekarang, bahkan ada juga yang menyasarkan untuk bersara dalam tempoh 2 tahun. Semuanya bergantung kepada jumlah wang yang mereka perlu kumpulkan. Jumlah wang yang perlu dikumpulkan itu berkait rapat dengan gaya hidup mereka dikemudian hari. Jika mereka memilih kehidupan yang sederhana, jumlah yang perlu dikumpulkan tidaklah begitu besar dan mereka dapat pencel seawal yang mungkin.

Ini adalah beberapa langkah penting yang dilaksanakan bagi mereka yang berhasrat untuk mencapai F.I.R.E

  1. Mengira aset dan juga jumlah yang diperlukan untuk mencapai target sasaran kewangan
  2. Bekerja keras untuk mencapai sasaran kewangan dan melaburkan kesemua wang tersebut.
  3. Capai sasaran kewangan dan dilaburkan. Mereka hanya akan mengeluarkan dividen atau pulangan keuntungan saban tahun untuk kegunaan mereka tanpa menganggu jumlah prinsipal pelaburan tersebut.

Idea F.I.R.E ini sudah semestinya mempunyai risikonya tersendiri. Jika pelaburan anda tidak mencapai pulangan yang dikehendaki, anda mungkin bermasalah untuk menanggung kos sara hidup anda. Namun, kebanyakan dari mereka sudah pun bersedia dan mengamalkan konsep antifragility. Golongan ini juga disarankan untuk menyediakan duit kecemasan sebanyak enam sehingga setahun gaji atau kos sara mereka  yang tidak dilaburkan dan mudahcair untuk menghadapi situasi sebegini.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan idea bebas kewangan dan bersara awal ini, jangan terlepas dengan entri akan datang dengan menekan butang daftar sini. Jumpa lagi!

Read more